Salam, I would like to share this article written on my long-time friend’s blog. It is something that I have been thinking for a really long time but haven’t had the time to write.
Hope it is read in good faith by everyone
.
Satu perkara yang aku ingin kongsi selama aku berada disini. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini aku mengkhususkan kepada satu perkara..
Melihat kpd sejarah aku yang lepas2 tak pernah terfikir untuk aku melibatkan diri dengan program2 agama.. Sebut shj program agama, “aa takpe aa korang pegi laa dulu, esok lusa dapat hidayah aku join aa”. Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. Aku masih lagi ‘dasyat’ seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa ‘kami’ utk sama2 belajar agama sikit2..Cuma aku sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, sebagai permulaan aku syorkan korang baca article Lihatlah persamaan, kesampingan perbezaan.. ini. Lama aku simpan article ini, sudah masanya aku rasa ake perlu kongsi..
Alhamdulillah di bumi bertuah ini, masalah yg disebut dlm article ini tidak ketara. Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..
3 tahun disini, pernah aku menyaksikan atau mendengar kisah kumpulan yang menggerakkan dakwah ini..
1) Jika persatuan lain organise event, dengan sengaja mereka pon nak buat program pada masa yang sama.. mengelakkan maksiat katanya, hinggakan untuk mengelakkan orang ke program agama yang dianjurkan pihak lain, mereka organise “easter egg treasure hunt”.. Itu Islamik namanya? Pernah satu ketika apb ‘kakak2 usrah’ tahu bahawa satu geng nak ke program umum dianjurkan pihak lain, terus ‘kakak2′ serang geng ini dan menghalang mereka..
2) Dihalang ke bbq atas alasan bercampur laki2 dan perempuan walhal pihak penganjur dah umumkan bahawa diasingkan laki2 dan perempuan.. atas alasan membuka pintu maksiat.. tapi bila laki2 dan perempuan ke winter trip dlm satu kenderaan tidak jadi masalah atas alasan keselamatan.. Cubalah lihat macam mana ikhwah dari negara2 lain mcm mana, Indonesia contohnya, byk2 aktiviti2 laki2 dan perempuan tapi masih menjaga adab2 yang ditetapkan. Ditanam kalau ada laki2 ada dlm lif, jgn naik, naik tangga.. kalau laki2 masuk, keluar naik tangga.. suatu hari nanti kerja di KLCC tingkat 77, kau nak naik tangga?
kalau nak cerita perkara2 remeh dan kecil ini, aku boleh bukukan semua kisah2 ini. Namun apa yang sangat2 aku kecewa apabila mereka..
1) memulaukan, mengasingkan, ketepikan pihak yang mempunyai pandangan atau pendekatan yang berbeza.
2) Menghalang rakan2 untuk hadir ke program umum dianjurkan pihak lain atas alasan takut berbeza pendapat. Kau tak nak pergi tak payah laa pergi, tapi takyah laa halang orang lain nak pergi..
3) Pernah terjadi seorang rakan dipulaukan hanya kerana dia nie berlatar belakangkan tabligh. Kisahnya jika diingat2 kelakar pon ada, geram pon ada..
4) Satu dialog.. a:kami nak keluar usrah b:kalau tak boleh keluar macam mana? a:Agama ni kene paksa2 ker? b:Kalau kau keluar, kau takkan diajak lagi apa2 program atau aktiviti lepas nie a: kami tak kisah..
Kisah2 yang berlaku pasal paksa memaksa nie terlalu byk.. mcm aku katakan tadi, aku boleh bukukan kisah2 ini.. Semua kejadian adalah kejadian sebenar yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya ataupun dtgnya dari sanad yang aku percaya..
Satu perkara yang aku kurang senang adalah mengenai sikap secretive dlm berdakwah.. Aku rasa ramai yang pernah alami perkara ini.. aku ingin berkongsi apa yang aku tahu..
gerak kerja di OZ sama dengan di Mesir. Kalau di Malaysia adanya 2 (atau lebih) kumpulan besar yang bergerak aktif. Kedua-duanya claim bahawa mereka membawa fahaman Ikhwanul Muslimin. Satu kumpulan yang belajar di Mesir dan bawa pulang ke Msia satu lagi dpt dari Europe tetapi asalnya Mesir jugak. Yang belajar di Mesir ini bawa pula ke OZ, NZ dan timur tengah. sbb tu OZ dan mesir paternnya sama. tapi di Mesir mereka ada sebab yang nyata kenapa mereka perlu adanya unsur2 secretive. Tetapi cara yang sama tidak diperlukan di OZ dan NZ. Sami’na wa atho’na.. patuh dan taat.itu yang aku nampak apa yang cuba ditanam. memang betul adanya bab sami’na wa atho’na dlm Islam namun matlamat dan tujuan serta punca perlu jelas terlebih dahulu..Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini, di Melben lebih teruk, Sydney kurang sikit sbb mereka mmg tak bercampur.. Perkara ini berlaku di manchester, di nottingham, di moscow, di Ireland di Washington, di Jakarta senang cerita di seluruh dunia..
Apa yang aku kongsi di sini bukanlah ingin mencari salah sapa2. Byk perkara2 yang sebenarnya sudah byk improvement. Apa yang aku lihat sekarang, sebagai sebuah jemaah, keaadaan bertambah-tambah baik namun masih ada golongan yang fanatik terutamanya dari golongan sisters. Aku tak membuat tuduhan melulu, tak percaya tgk laa sendiri berapa ramai yang pada asalnya komited tapi kerana setelah dirasakan cukup lama, ‘adik2′ nie masih lagi tak bertudung labuh, masih lagi bertegur2 dengan lelaki, akhirnya mereka ditinggalkan secara halus..
Cerita2 di atas adalah apa yang terjadi suatu ketika dahulu. Alhamdulillah pada tahun ini di pihak brothers perkara2 ini hampir tidak berlaku lagi, namun aku difahamkan di pihak sisters masih ada lagi sikit2.. bukan shj di bumi bertuah ini, di tempat2 lain juga.. Janganlah hanya kerana ‘adik2′ tidak berminat dengan program2 agama ataupun mereka sedikit lambat dlm mengikut silibus, mereka diketepikan, tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertukar senyuman. Berilah sedikit masa..
Bukan niat aku untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan, aku rasa perlu aku luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:
“My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly”
Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..
Seronok melihat rakan2 lelaki beramah mesra dan tersenyum sesama sendiri dlm setiap aktiviti pada tahun ini.. kali terakhir kita bersama ketika Iftar kasih Mesra tempoh hari.. harap2 pihak sisters juga begitu.. Senyumlah kerana senyuman itu ubat kepada banyak penyakit..
Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

5 Comments
October 3, 2008 at 1:53 am
ko kne ltak komen2 kat bawah post nih skalik..
extra spice for hari raya.
October 10, 2008 at 8:09 am
weh.. komisen weh..
November 11, 2008 at 2:39 pm
Pengalaman yg sama dirasa. Payah jugak sebab kumpulan ni tetaplah dapat sambutan mana pun. Kita sendiri tahu apa yg kita buat tu betul dan salah… Sewajarnya kita tak lari dari amalan yg diredhai. best of luck in your study!
December 24, 2008 at 7:01 pm
slm bro…
actually kawe pon ada pengalaman yg sama… kawe pernah join tabligh… tp x la smpai taksup kpd semua yg kawe join.. just sekadar nk tau apa pengisian aktiviti mereka… betol kato demo… bila dh taksub.. mmg rosak lebih2 lg yg xtau apa2 just ikut secara taklid membuta tuli… sebab tu kalo nk berguru, kena cari guru yg murshid.. bukannya belajar agama hanya melalui buku dan pembacaan semata2.. itulah kelebihan agama Islam… mesti berguru.. guru pula mesti la murshid… bukannya Ustad cap ayam..
February 27, 2009 at 4:58 pm
abaik u havent updated for a long time, must be really busy then